APAKAH ITU SEL STEM DARAH?
Darah mengandungi pelbagai komponen sel iaitu sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Kesemua komponen sel darah ini berasal dari sel stem (induk) darah. Sel stem darah terbentuk di dalam sum-sum tulang dan setelah menerima isyarat kimia, sel stem darah tersebut akan bertukar menjadi pelbagai komponen sel darah sebelum dibawa ke dalam sistem aliran darah. Sel stem darah boleh diperolehi dari salur darah periferi, sum-sum tulang dan darah tali pusat.
Sel Stem Darah
Merupakan sel-sel
induk yg berpotensi untuk menghasilkan pelbagai jenis sel darah
Sel Darah Merah
Membawa oksigen ke seluruh badan
Platelet
Agen pembekuan darah

MENGAPAKAH SEL STEM DARAH DIPERLUKAN?
Sel stem darah anda diperlukan untuk merawat pesakit yang mengidap penyakit darah (seperti leukaemia, lymphoma, thalassemia dan aplastic anaemia) agar pesakit ini berpeluang untuk sembuh dan kembali sihat.
Sel Darah Putih
Melawan infeksi / jangkitan
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENJADI PENDERMA?
Sebelum menjadi penderma, anda perlu menjalani ujian makmal khas (HLA Typing) dimana sampel swab atau darah anda akan diambil. Ujian khas tersebut adalah untuk mengenalpasti protein yang boleh dijumpai pada permukaan sel darah putih yang dikenali Human Leukocyte Antigen (HLA). Anda layak untuk menjadi penderma sel stem darah apabila keputusan ujian khas makmal mendapati anda mempunyai HLA yang sama dengan pesakit.
JENIS PENYAKIT YANG MEMERLUKAN PEMINDAHAN SEL STEM DARAH
Pesakit yang menghidap penyakit berkaitan darah seperti:
Leukaemia
Lymphoma
Anaemia
Thalassemia
Dan lain-lain
SYARAT UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PENDERMA SEL STEM DARAH
Berumur antara 18 - 50 tahun
Warganegara Malaysia
Tidak mempunyai penyakit berkaitan darah
PROSES PENDAFTARAN SEL STEM DARAH


ISI BORANG PERSETUJUAN
PENGAMBILAN SAMPEL


KEPUTUSAN UJIAN AKAN DIREKOD KE DALAM PANGKALAN DATA
UJIAN HLA TYPING DIJALANKAN

SEKIRANYA SEPADAN, ANDA AKAN DIHUBUNGI
SESI PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN KAUNSELING

PROSES PENGAMBILAN SEL STEM DARAH
(KAEDAH AFERESIS)
